Pakar motivasi yang juga saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pengadu pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya orang biasa.<br /><br />Mohd Fairuz Abu, 37 tahun berkata dia menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mendakwa mangsa gangguan seksual termasuk dilakukan Ebit.